Tips Menarik

loading...

Takkan Lah Saya Nak Menyamun Masuk Akaun Sendiri - Najib


Takkan Lah Saya Nak Menyamun Masuk Akaun Sendiri - Najib


Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ) dihargai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu hadirin beliau baru saja mengadakan sidang media untukmemaklumkan beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan memulana proses perundangan terhadap WSJ.

Bagaimanapun mendapati didapati kurang terangsang dengan kenyataan itu.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar kerana ia melibatkan orang no 1 negara Malaysia.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

WHITE HOUSE PANTAU SITUASI PESAWAT AIR ASIA

WASHINGTON: Rumah Putih menyatakan ia sedang memantau situasi kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dan Presiden Barack Obama suda...

SEBUAH PESAWAT DILAPORKAN TERHEMPAS DI LAUT BELITUNG TIMUR BERKEMUNGKINAN PESAWAT QZ8501

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan...

SEORANG RAKYAT MALAYSIA ANTARA PENUMPANG PESAWAT AIR ASIA YANG HILANG

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang pagi ini. Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item