Tips Menarik

loading...

Bandar Golongan Orang Kaya Kini Jadi Bandar Hantu

Penduduk tempatan menyebutnya sebagai ' Bandar Mati ' . Ini adalah sebuah ' bandar hantu ' di mana tidak ada penduduk hidup di dalamnya . Lebih dari seratus bangunan berdiri kosong , setelah dibina enam tahun lalu untuk penduduk di Bandar Beihai , di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang .

Bandar itu dibina untuk memenuhi peningkatan kelas orang kaya baru , yang dijangka bakal melabur dan membeli dengan cepat hartanah di bandar tersebut . Banyak di antara bangunan di bandar itu dijual.

Dalam usaha untuk melayani mereka ingin melabur di bidang hartanah , seluruh bandar telah dibina lengkap dengan bangunan pencakar langit , pusat membeli-belah , jalan raya , dan taman . Namun , dengan tidak adanya penduduk , bandar itu berubah menjadi ' bandar mati ' kerana jauh dari pusat - pusat ekonomi penting .

Kebanyakan dari mereka , yang berharap adanya pertumbuhan dalam nilai hartanah , beranggapan melabur di sana akan berisiko . Para pemerhati percaya China telah kelebihan harta , yang boleh menyebabkan berlakunya gelembung perumahan dari harta - harta yang kosong .

Namun , pihak lain mengatakan pemodenan di China merupakan kisah urbanisasi terbesar yang pernah ada di dunia , dan bandar - bandar ' mati ' seperti itu akan segera menjadi wilayah metropolitan yang berkembang .

Selepas enam tahun dibina dan dengan tidak ada manusia hidup di dalamnya , beberapa bangunan di bandar itu akan memerlukan lebih banyak wang yang akan dibelanjakan untuk dilindungi daripada kerosakan .

Proses pembinaan bandar itu tidak hanya menggaji ratusan ribu penduduk China , tetapi juga telah membuat ratusan ribu penduduk tempatan terpaksa pergi dari tanah dan rumah mereka agar dapat membuat jalan bagi projek - projek pembinaan .

" Ini suatu kegilaan , rumah - rumah dibina hanya untuk dibiarkan kosong ! " kata salah satu penduduk tempatan yang terpaksa tinggal di sebuah pondok kayu .





loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Mengejutkan ! Staff Siti Nurhaliza Gelar beliau sebagai MIMPI NEGERI

#Seorang pekerja > SNP telah menggelar bosnya iaitu Diva dan penyanyi tersohor Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sebagai Mimpi Ngeri di dalam contact #number di telefon bimbitnya.#Ada yang bertanya ken...

Lisa Surihani Mengesahkan Yang Beliau Memang Hamil

Dalam sidang media pelancaran trailer Cicakman 3 malam ini, salah seorang pelakon utamanya Lisa Surihani mengesahkan yang beliau kini sedang hamil. Beliau turut berkata sebelum ini beliau tidak mahu m...

Pengakuan Terkini Rita Rudaini Mengenai Aidil Memang Mengejutkan

Sebelum ini nama Aidil Zafuan menjadi sensasi berhubung kes tuntutan nafkah bekas isterinya, Rita Rudaini. Namun di dalam perbicaraan semalam, Rita Rudaini telah membuat pengakuan yang bekas suaminya ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item