Tips Menarik

loading...

Kasihan... Golongan Albino Di Buru Dan Di Jual Seperti Binatang

Golongan albino di Tanzania, menjadi mangsa pemburuan sama seperti haiwan, malah adakalanya tangan atau kaki mereka dipotong kerana bomoh berpendapat bahagian tubuh mereka sangat mujarab dijadikan bahan jampi atau tangkal.

Pendo Sengerema, 15, bergambar bersama aktivis kemanusiaan, Vicky Ntetema selepas dia menjadi satu daripada tiga individu yang diserang dalam tempoh 11 hari pada Ogos tahun lalu di Tanzania. 

Lebih memburukkan keadaan, ibu bapa yang mempunyai anak albino juga sanggup menjual anak mereka pada harga AS$75,000 (RM270,696), dalam urus niaga yang dipercayai didalangi individu paling berpengaruh di negara itu.

Kepercayaan itu membuatkan ada antara pihak sanggup membayar sebanyak AS$4,000 (RM14,433) sehingga AS$75,000 (RM70,622) untuk membeli anggota badan individu albino.

Malah, golongan itu kini kerap menjadi mangsa serangan oleh penjenayah yang akan memotong anggota badan mereka, satu tindakan yang mengakibatkan sama ada mereka cacat kekal ataupun mati.

Sehingga kini, sebanyak 74 kes pembunuhan melibatkan golongan albino direkodkan, sementara 59 daripadanya selamat.

Tidak terhenti di situ, kubur golongan itu juga pernah dibongkar oleh sindiket yang mengambil tubuh badan individu albino untuk dijual.

Keadaan itu juga dijangka semakin memburuk menjelang pilihan raya umum Tanzania pada bulan Oktober tahun ini apabila golongan kaya dikatakan akan berjumpa bomoh untuk mendapatkan tangkal atau jampi mujarab bagi memenagi pilihan raya.





loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

TAHUKAH ANDA SEORANG BLOGGER DARI CHINA TELAH MERAMALKAN KEJADIAN QZ8501 13 HARI SEBELUM KEJADIAN

Penghujung tahun 2014 ini sekali lagi menyaksikan satu lagi pesawat terhempas. Kali ini pesawat QZ 8501 Air Asia milik Indonesia. Pesawat yang hilang daripada rada pada pagi 28 Disember lalu telah dit...

KISAH BENAR:LULUH HATI SUAMI MELIHAT ISTERI BERSEDUDUKAN DENGAN 'AWANG HITAM'

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang lelaki sejurus menangkap isterinya sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki ‘Mat Afrika’ di dalam bilik hotel mewah di Bukit Bintang di sini, kelmarin. Dalam ...

TWEET TERAKHIR PRAMUGARA AIRASIA QZ8501 YANG MENYAYAT HATI BUAT ISTERINYA

Tweet terakhir pramugara pesawat AirAsia QZ8501 Oscar Desano ialah ‘’ I love you now and then, till death do us part’’ untuk sambutan hari jadi isterinya di laman Path. Bersama gambar sambutan it...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item