Tips Menarik

loading...

'GAJI TINGGAL RM19 SELEPAS DIPOTONG PTPTN'


Beberapa hari kebelakangan ini, ramai yang berkongsikan kekesalan mereka terhadap tindakan Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang memotong gaji mereka tanpa dimaklumkan lebih awal. 

Difahamkan, PTPTN telah melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan peminjamnya sejak awal Disember ini. 

Gambar slip gaji seorang penjawat awam yang dipotong sebanyak RM2,063.75 oleh PTPTN pula viral di media sosial, mencetuskan lagi panik di kalangan peminjam PTPTN yang belum melangsaikan hutang mereka.


"Ingat tak masa bulan 8 hari itu, saya ada kongsi tentang PTPTN ini. Pada masa itu, saya pergi untuk membayar tunggakan. Saya ada beritahu yang Pegawai PTPTN memaklumkan saya mengenai operasi besar-besaran bagi mengesan peminjam pada hujung tahun ini," kata Batrisyia Fauzan yang memuat naik gambar slip gaji tersebut di laman Facebooknya.

"Katanya, para peminjam diberi masa sehingga bulan Oktober untuk datang berunding dengan pihak PTPTN. Jika tidak berbuat demikian, pihak PTPTN akan membuat pemotongan mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Rupa-rupanya memang mereka serius untuk berbuat demikian. Tadi dalam WhatsApp group pun kami kecoh berbincang mengenai perkara ini. 

"Sudahlah sekolah akan dibuka tidak lama lagi, kasihannya kalau dipotong sampai seperti ini, baki gaji tinggal RM19 saja. 

Justeru, Batrisyia menasihatkan mana-mana peminjam PTPTN yang belum membuat pembayaran, segera hadir ke mana-mana pejabat PTPTN berdekatan untuk menjelaskan bayaran. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Hukuman Mati Paling Kejam & Ngeri Di Dunia

Hukuman Mati Paling Kejam di DuniaPada masa lampau beberapa negara masih memelihara hukuman mati yang sangat kejam. Seperti yang pernah terjadi di China pada Dinasti Manchu (1644-1912). Pemerintahan y...

[Video] Dengar Azan Berkumandang Raja Baru Arab Saudi Tinggalkan Obama Untuk Solat

Raja baru Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud, dengan beraninya menghentikan upacara menyambut kedatangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, setelah mendengar azan asar berkumandang.T...

2 Pelancong Maut Terperosok Bawah Kereta Di Langkawi

Langkawi: Dua pelancong maut apabila motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di persimpangan Jalan Kilim-Ayer Hangat, di sini, petang tadi.Dalam kejadian 3.25 petang itu, penunggang skuter, Tarek ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item