Tips Menarik

loading...

Home Hangat Santai 'Dia Lebih Kuat Dari Orang Yang Sempurna' 'DIA LEBIH KUAT DARI ORANG YANG SEMPURNA'


Hari ini saya ingin menulis sebuah kisah inspirasi seorang yang pada fizikalnya tidak sempurna tetapi itu langsung tidak menjadi alasan pada beliau untuk jadi insan yang hebat lebih dari orang yang sempurna di mata.

Ogos 2015 yang lalu saya terserempak dengan beliau di GBOP CWA di Petaling Jaya dan beliau minta ingin bergambar. Saya kenal beliau sebab beliau adalah Pemegang Malaysian Book of Record, "shortest Man". Saya tak perasan rupanya beliau salah seorang yang ada dalam friend list FB saya dan beliau tahu penghijrahan saya dari Maybank ke CWA waktu itu.


Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam IT di UKM. Sekarang beliau seorang usahawan carpet pasang yang telah beroperasi lebih dari 5 tahun. Beliau juga seorang Agency Supervisor di Cimb Wealth Advisors sama seperti saya cuma berbeza agensi. Lebih mengagumkan saya beliau adalah seorang Perunding Motivasi yang telah terbang ke seluruh Malaysia memberikan inspirasi kepada orang ramai. Memang anda sangat layak brother!!


Bila melihat beliau jangan tercebis rasa simpati kerana saya yakin beliau jauh lebih kuat dari orang lain yang perasan diri cukup sempurna. Sepanjang pertemuan dengan beliau tempoh hari, mata saya liar melihat aksi beliau berjalan, angkat telefon, betulkan rambut, bersalam. Terdetik pada hati waktu itu, 


"Kalau aku yang dilahirkan sempurna seperti ini kurang keyakinan diri, alangkah teruknya aku kalau tidak sempurna. Mungkin tiada langsung keyakinan pada diri,"

Orang yang sempurna terpaksa memalsukan diri, Pakai make up tebal-tebal, Pakai Baju mahal bertukar ganti, jam tangan mewah, kereta mewah untuk mendapatkan keyakinan pada diri. Kami terpaksa ada itu semua bukan sahaja meyakinkan orang, malah nak memberi inspirasi pada diri sendiri. Alangkah kagumnya saya dengan beliau, rupanya kekurangan beliau adalah keyakinan diri paling kuat dalam diri beliau sendiri.


Orang yang sempurna ada yang malas bekerja, tidak cukup gaji, hanya merungut ke sana sini tanpa mencari jalan keluar. Masakan tidak, walaupun beliau mempunyai business sendiri yang kukuh, beliau buat kerja part time sebagai consultant kewangan. Saya tidak nampak beliau berdiri, berjalan, diusung Oleh orang lain, beliau berdiri atas kaki beliau sendiri. Walaupon satu langkah kita sama dengan 8 langkah beliau, saya tak nampak beliau lelah tetapi berjalan dengan penuh semangat dan yakin.

Kalau anda nak tahu juga, beliau mempunyai 3 buah rumah setakat hari ini termasuk sebuah rumah Superlink di Bandar Putra Mahkota Bangi hasil dari titik peluh beliau sendiri. Adakah kita yang sempurna ini terus nak negativekan diri kita yang mana telah dikurniakan kelebihan dari awal lagi? Sedangkan orang seperti beliau merangkak mencari kesempurnaan.
Tiada apa lagi yang boleh saya ungkapkan selain saya terlalu kagum dengan beliau. Saya yakin beliau akan terus maju dan maju kerana beliau mempunyai motivasi diri yang tinggi dan saya doakan beliau terus memberi inspirasi kepada orang ramai. Untuk berjaya kekuatan dalam diri mengatasi segala-galanya.

Orang yang saya maksudkan adalah Mohd Sukur Bin Ibrahim, anda semua perlu follow beliau. Beliau merupakan seorang yang bagi saya layak menjadi salah seorang sumber inspirasi utama rakyat Malaysia. - Khairul Ezuwan
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 4029003932031112032

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item