Tips Menarik

loading...

Miliki Anak OKU, Ahmad Idham Buka Sekolah Pendidikan Khas

Pelakon dan penerbit filem, Ahmad Idham, 44, memilih untuk membuka sebuah sekolah khas yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu akan dibuka awal Januari tahun depan.

Menurut Ahmad Idham, dia memilih untuk membuka sekolah  khas itu kerana cahaya mata sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, merupakan anak istimewa.

“Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan.

“Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan.

“Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

“Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.

“Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan,” kata Idham kepada Mangga Online.

Sekolah khas yang terletak di Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Selangor itu dibuka buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun.

Selain Firdaus, Idham dan isteri, Amy Aziz, 39, mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5.

Difahamkan, anak sulungnya itu mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

MANGSA MENCERITAKAN KEGANASAN PENJENAYAH SEWAKTU CUBAAN MEROMPAK RM150 RIBU

SHAH ALAM – Cubaan sekumpulan penjenayah melarikan wang RM150,000 milik seorang pengurus syarikat gagal selepas kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa terbabas berhampiran lampu isyarat Seksyen 18, d...

GAMBAR PASANGAN YANG MEMBUAT HURU HARA SEHINGGA PESAWAT AIR ASIA TERPAKSA BERPATAH BALIK

Bangkok, 12 Disember - Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nan...

4 ANGGOTA POLIS BEBAS TUDUHAN BUNUH TAHANAN DI DALAM LOKAP

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan empat anggota polis daripada tuduhan membunuh tahanan N Dharmendran di lokap polis. Hakim Datuk Kamardin Hashim mendapati tidak ada kes prima fac...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item