Tips Menarik

loading...

KEMALANGAN LORI BAUKSIT, POLIS NASIHAT SUAMI BUANG DAN USAH PANJANGKAN KES

Seperti tiada apa-apa yang berlaku, dan seolah-olah keuntungan adalah segala-galanya sehinggalah keselamatan orang ramai yang berada dalam laluan tidak perlu difikirkan. Asalkan, keuntungan boleh diperolehi walaupun akhirnya ramai yang akan terkorban semata-mata demi keuntungan tersebut.

Kalau LYNAS ditentang oleh DAP kerana kononnya membahayakan kesihatan penduduk awam, sedangkan hakikatnya ia adalah satu bentuk saingan kepada pihak tertentu yang meraih laba besar, bauksit pula nampaknya tidak ditentang langsung. Malah tiada satu mulut DAP pun kedengaran bercakap tentang bahaya bauksit, termasuklah kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk mengangkut bahan tersebut ke pelabuhan Kuantan.

Mengapa agaknya?

Adakah kerana ada kaitan kepentingan dalam syarikat-syarikat yang membekalkan lori untuk mengangkut bahan-bahan lombong tersebut ke pelabuhan, maka mulut yang biasanya tidak berhenti-henti bercakap, terus mendiamkan diri?

Bukan kali pertama masalah lori-lori yang mengangkut bauksit ke Pelabuhan Kuantan diperkatakan. Dengan cara pemanduan, jumlah yang sangat banyak pada satu-satu masa, pencemaran alam sekitar dan kerosakan jalanraya, keselamatan penduduk awam dan pengguna jalanraya langsung tidak dititikberatkan.






Semalam, satu lagi nyawa diregut kerana ketamakan pihak-pihak berkenaan. Seorang guru, Norlaili Ahmad Zabidi, 40, maut apabila tayar salah sebuah lori pengangkut bauksit tercabut dan melanggar kereta yang dipandu bersama-sama suaminya.


Allahyarhamah Norlaili Ahmad Zabidi meninggal di tempat kejadian, manakala suaminya pula terselamat.

Kalau sudah tayarnya boleh tercabut, maknanya aspek keselamatan bagi setiap lori yang sudah tentu menggunakan jalanraya, tidak lagi dititikberatkan. Maka timbullah persoalan, adakah lori tersebut menjalani ujian PUSPAKOM? Adakah lori tersebut mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk digerakkan di atas jalanraya?

Atau pihak berkuasa tutup mata dan buat-buat tidak nampak kelibat lori-lori pengangkut bauksit?

Sekali lagi persoalan yang boleh diperkatakan, mana JPJ, mana Jabatan Alam Sekitar dan mana Majlis PBT?


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

ANTARA MISTERI KEHILANGAN KAPAL TERBANG YG BELUM JUMPA SAMPAI SEKARANG

KUALA LUMPUR: Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 tanpa sebarang kesan atau isyarat kecemasan pada 8 Mac tahun lepas telah mengejutkan dunia.Dengan peralatan canggih p...

PENGASAS QU PUTEH MUKA TEMBOK! PERNAH JATUH TERDUDUK!

KUALA LUMPUR: Di sebalik cerita kemenangan Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang bersiaran di TV3 baru-baru ini, cerita penaja utama anugerah berprestij itu iaitu produk Qu Puteh termasuk pengasas pr...

Umat Islam Dilarang Makan Ulat Mulong

Ulat sago, yang juga terkenal dengan nama ulat mulong telah difatwakan sebagai haram dimakan oleh umat Islam. Walaupun keputusan fatwa itu telah lama dibuat, namun tidak ramai yang tahu mengenai perka...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item