DUNIA AKHIR ZAMAN ! Penjelasan Sebenar Arak Halal Yg Akan Dijual Di Malaysia
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/11/dunia-akhir-zaman-penjelasan-sebenar.html
Kemajuan teknologi moden kini mampu menghasilkan Bir tanpa Alkohol dan Bir tersebut telah dipanggil sebagai 'Bir Halal'.
Berikutan kontroversi itu, pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata bersetuju produk sedemikian rupa tidak seharusnya diperkenalkan di negara Islam seperti Malaysia.
ARAK HALAL ( TANPA ALKOHOL )
PENGERTIAN ARAK
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud:
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI