KERAJAAN KAJI PENGHARAMAN WAZE & GOOGLE MAPS
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/11/kerajaan-kaji-pengharaman-waze-google.html
PARLIMEN - Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkemungkinan akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji potensi ancaman navigasi GPS seperti aplikasi Waze dan Peta Google terhadap negara.
Perkara itu dibangkitkan setelah dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menimbulkan kebimbangan bahawa aplikasi tersebut boleh digunakan untuk membocor maklumat sensitif meskipun telah dinafikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
"Rakyat Malaysia amat bergantung pada Peta Google dan Waze untuk berkongsi lokasi dan ini secara tidak langsung memberi maklumat mengenai Malaysia kepada pihak luar seperti Amerika Syarikat dna Israel serta boleh membawa kepada ancaman luar. Adakah terdapat sebarang usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menangani isu ini?" soal Raime Unggi, (BN-Tenom) pada sesi soal jawab.
Pertanyaan Tenom itu disokong oleh BN-Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang berkata soalan Tenom itu penting untuk memastikan keselamatan negara.
Menurut Jailani, jika Ahli Parlimen merasa perkara itu perlu ditangani, maka kementeriannya akan mencadangkan MKN mengkaji itu itu secara keseluruhan.
Sebelum itu, Jailani berulang kali menjelaskan bahawa penggunaan Waze dan Peta Google tidak menjadi satu kesalahan dan sebarang penghantaran data adalah tertakluk kepada dasar peribadi antara pengguna dengan Waze atau Google. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI