Tips Menarik

loading...

Penjelasan Sebenar Penyingkiran Nabil & Jihan Pengacara Gegar Vaganza Secara Live Malam Tadi


Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza 2 (GV2) Nabil Ahmad dikecam penonton program realiti tersebut, namun berbeza untuk kali ini.

Selepas disingkirkan daripada program tersebut pada konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, Nabil dan Jihan bakal digantikan dengan pengacara lebih berpengalaman iaitu Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob.

Penyingkiran tersebut diketahui selepas lagu mereka dipaparkan di skrin pada segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun foto mereka telah ditukarkan dengan wajah Kak Engku dan Salih.


Menjawab tentang penyingkiran kedua-dua pengacara tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan.

“Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

“Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2. 

“Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Pada konsert minggu kelima bertemakan 'Hits Vaganza' Nabil dan Jihan telah menyanyikan lagu duet yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Amelina berjudul Seri Langkat.

Bagaimanapun, selepas Nabil dan Jihan ‘disingkirkan’ daripada GV2 para penonton telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item