KHALWAT, PUTRI MARDIANA MENGAKU BERSALAH
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/11/khalwat-putri-mardiana-mengaku-bersalah.html
Putri Mardiana Zainal Abidin yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga suami orang pada 14 Disember 2014 dijatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah kedua-duanya mengaku bersalah.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman itu pada Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam Abdullah, 31, setelah kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding semalam, lapor Berita Harian.
Janda anak tiga itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah itu dibuat bagi menamatkan cerita yang tersebar luas di media sosial sekali gus tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya yang mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
Pasangan itu juga diperintah membayar denda yang dikenakan dan jika tidak, mereka akan dipenjara selama tujuh hari.
Putri Mardiana dan Shahrizam pada 23 Jun yang lalu dihadapkan ke mahkamah mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan khalwat itu. Dalam kenyataan Putri Mardiana pada media hiburan pula mendakwa dia telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam. Bagaimanapun isteri Shahrizam menafikan dakwaan itu. Difahamkan juga Shahrizam dan isterinya telah bercerai.
Putri Mardiana yang tidak diwakili oleh peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan menanggung anak, selain ibu dan abangnya juga orang kelainan upaya (OKU).
Sementara Shahrizam yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan juga merayu tidak berikan hukuman penjara kerana dia juga menanggung ibu bapa dan anak berusia dua tahun. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI