Dari Budak Penjual Tiket Wayang Ke Bintang Ternama Dunia
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/03/dari-budak-penjual-tiket-wayang-ke.html
Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. Itu yang mungkin boleh digambarkan aktor hebat Shah Rukh Khan yang melalui kehidupan yang sukar sebelum bergelar bintang ternama dunia.
Dipetik menerusi Indian Express, Shah Rukh Khan mengakui tidak pernah terfikir untuk berdiri sebaris dengan dengan nama-nama besar di Bollywood. Namun tidak menolak pekerjaan pertamanya adalah faktor mengapa dia terlibat dalam dunia lakonan.
Bermula sebagai seorang penjual tiket di pawagam, aktor kelahiran New Delhi ini hanya menerima bayaran RM3 sehari untuk menampung kehidupan seharian sebelum berjaya membuat penampilan pertama sebagai seorang pelakon menerusi siri televisyen berjudul Dil Dariya pada tahun 1989.
Pengalaman tersebut memberi pengajaran berguna buat dirinya untuk terus berusaha keras dan lebih mencintai kehidupannya yang kini semakin sibuk.
Jelas bintang berusia 49 tahun ini lagi,di kala masih belum mempunyai wang yang banyak dia sering bermimpi untuk pergi ke Agra untuk melihat keindahan Taj Mahal dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impiannya itu.
Walaupun kini Shah Rukh Khan sudah mampu menarik nafas lega di atas kejayaan yang telah dikecapi, namun bapa kepada tiga orang anak ini tidak pernah melupakan waktu menjalani kehidupan susahnya sebelum ini.
Justeru Shah Rukh Khan mengharapkan agar semua orang tahu bahawa tiada kejayaan yang dicapai dengan cara yang mudah.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI