Polis tidur ketika bertugas kena tukar
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/03/polis-tidur-ketika-bertugas-kena-tukar.html
GEORGETOWN - Dua anggota polis yang dirakam sedang tidur ketika bertugas di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Seberang Perai Utara (SPU) diarahkan bertukar ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah SPU berkuatkuasa serta merta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan tata tertib dibuka terhadap dua anggota berkenaan berikutan penyebaran gambar itu di laman sosial.
"Saya memandang serius perkara ini dan tindakan tegas akan diambil.
"Sementara menunggu keputusan tindakan disiplin, anggota terlibat diarah bertukar dalam tempoh 24 jam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Terdahulu, gambar dua anggota berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial dan blog.
Gambar berkenaan menunjukkan dua anggota sedang nyenyak tidur di hadapan kaunter pertanyaan namun tidak dapat dipastikan bila gambar berkenaan dirakam.
Pengguna laman sosial kebanyakannya memberi reaksi negatif dan menggesa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan bagi merungkai kesahihan gambar itu.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI