Mamat Khalid serik bekerjasama dengan zizan dan emma?
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/03/mamat-khalid-serik-bekerjasama-dengan.html
SIAPA tidak kenal pengarah hebat, Mamat Khalid? Lihat sahajalah deretan filem-filemnya termasuk Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit.
Hampir kesemua karya arahannya berjaya meraih pulangan hebat di pawagam apatah lagi idea-idea yang diterjemahkan menerusi filem tidak mengecewakan penonton.
Bakal mempertaruhkan filem seterusnya, Werewolf Dari Bangladesh, bermula 5 Mac ini, Mamat pertama kali diduga dengan masalah berkaitan dengan pelakon apabila tonggak utama, Zizan Razak dan Emma Maembong tidak muncul di majlis tayangan perdana filem berkenaan.
Sepanjang pembabitan pengarah popular ini dalam bidang pengarahan dan penerbitan filem, Mamat mengakui ini adalah kali pertama dia berdepan dengan situasi seumpama ini.
"Dalam sejarah saya buat filem bermula tahun 2004, ini adalah kali pertama pelakon tidak datang dan memberikan kerjasama di majlis tayangan perdana.
"Saya merasakan mungkin ini adalah 'trend' artis sekarang apabila mereka merasakan tahap diri mereka tinggi dengan peminat yang beratus juta, mereka tidak perlu datang.
"Kalau satu ketika dahulu, untuk tayangan perdana, pelakon apatah lagi tunjang utama filem akan memberikan kerjasama yang baik untuk mempromosikan filem lakonan mereka. Namun kini, budaya itu telah mati. Mungkin mereka rasa, ianya sudah cukup sekadar
penglibatan dalam filem sahaja," kata Mamat.
Jelasnya, ketidakhadiran dua pelakon itu hanya dimaklumkan beberapa jam sebelum sesi tayangan itu diadakan sedangkan tarikh itu adalah tarikh kedua yang dipilih setelah meneliti jadual pelakon berkenaan.
"Sebelum ini, sudah ada tarikh lain, namun sebab jadual mereka padat, kami memilih tarikh lain. Namun, saya tidak sangka anjakan tarikh itu hanya tindakan sia-sia.
"Situasi ini boleh diibaratkan seperti saya mengadakan kenduri kahwin anak saya, namun ada saudara mara yang tidak datang. Walaupun mereka tak datang, kenduri itu tetap diteruskan seperti yang dirancang," katanya lagi.
Tiada siri jelajah promosi
Enggan mengungkapkan rasa kecewa di atas tindakan kedua-dua pelakon tersebut, Mamat mengakui dia sedih dengan situasi yang sedang berlaku.
Malah, Mamat dilihat lebih berhati-hati untuk menyuarakan kekecewaannya agar kenyataannya itu tidak mengguris hati mana-mana pihak yang terlibat.
"Sejujurnya, saya bercakap bukan atas dasar marah. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan walaupun saya sedih dan terkejut. Pihak produksi ada menyuarakan rasa kecewa dalam hal ini, namun saya lebih selesa menganggap kita yang mencari mereka, bukan mereka yang
mencari kita untuk filem ini.
"Kalau tanya sedih, memang saya sedih. Namun, apa boleh buat kerana saya tahu diri ini tidak begitu besar pada mereka. Malah, tindakan mereka itu menyedarkan saya bahawa saya begitu kerdil bagi mereka.
"Memandangkan mereka gagal untuk menghadirkan diri, saya tidak akan memanggil mereka lagi untuk promosi ataupun mengadakan siri jelajah promosi untuk filem ini. Cukuplah saya buat sendiri bersama produksi menerusi radio dan televisyen sahaja," katanya yang
mengharapkan agar penonton sebelum ini dapat memberi sokongan kepada filemnya itu.
Tambah Mamat, sekiranya mereka mempunyai masalah peribadi mahupun rasa tidak puas hati dengan filem berkenaan, mereka sepatutnya menyuarakan perkara itu terlebih dahulu.
"Sekiranya ada apa-apa penjelasan daripada mereka, saya boleh terima dan tidak terkejut seperti ini. Bila mereka menyepikan diri begini, di mana sikap profesional itu?," soal Mamat lagi.
Selain Zizan dan Emma, filem terbitan Ariabella Sdn Bhd itu turut dibintangi Usop Wilcha dan Saiful Apek.

loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI