Tips Menarik

loading...

Tahukah Anda Inilah Satu-Satunya Bahasa Paling Unik Di Dunia

Sejak dahulu kala lagi manusia sudah berkomunikasi dengan pertuturan bahasa atau bahasa isyarat tangan. Di masa kini ada begitu banyak sekali bahasa, namun ternyata masih ada yang menggunakan cara yang unik untuk bercakap antara satu sama lain.

Sebuah desa kecil yang berada di Turki menggunakan ' bahasa burung ' alias berkicau untuk berkomunikasi dengan penduduk kampung yang letaknya jauh. , nama desa kecil itu ialah "Kuskoy" , mereka menggunakan suara yang seperti kicauan burung untuk berkomunikasi untuk jarak jauh.

Desa Kuskoy yang berada di pergunungan dan jarak antara satu rumah dengan rumah lain agak jauh. Kerana itulah, mereka perlu mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan kerana apabila di malam hari mereka tidak benarkan untuk saling berkunjung ke rumah satu sama lain.

Orang Kuskoy menyebutnya " bahasa burung " atau kus dili . Istilah ini membuat desa Kuskoy disebut sebagai Desa burung. Cara berkomunikasi yang unik ini diciptakan lebih dari 400 tahun yang lalu.

Bagaimana cara mereka berkomunikasi dengan bahasa unik ini? Penduduk desa Kuskoy mengubah kata- kata dari bahasa Turki menjadi siulan burung. Seperti kod morse! Mereka merasakan bahawa menggunakan bahasa siulan burung ini lebih berkesan dan menjimatkan suara mereka daripada berteriak - teriak atau berjalan naik turun gunung.

Namun kini , bahasa siulan burung ini mulai pupus kerana sejak adanya bekalan elektrik, penduduk tidak takut lagi berjalan pada malam hari atau berkumpul bila ada majlis penting. Remaja di Kuskoy pun lebih banyak yang meninggalkan desa . Untuk menjaga bahasa siulan burung ini agar tidak pupus, setiap tahun diadakan Festival Kuskoy . Festival ini acaranya adalah berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.

Festival unik ini menarik banyak perhatian dan diikuti oleh sekurang-kurangnya 2000 orang setiap tahun . Ternyata dalam hati setiap penduduk Kuskoy , merindukan untuk berkomunikasi menggunakan bahasa unik ini. Pasti anda perasaan ingin tahu bagaimana penduduk Kuskoy berkomunikasi dengan bahasa siulan burung.

           
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

FAZURA TERIMA LAMARAN PEMINAT, SARUNG CINCIN DEPAN IBU

Dalam suatu majlis karoeke aktres Fazura dikejutkan oleh lamaran seorang jejaka yang melutut sambil menghulurkan cincin kepadanya. Pemuda yang memulakan aksi dengan mendendangkan lagu All of Me n...

LAMAN WEB FAM DIGODAM PENGODAM VIETNAM

Kuala Lumpur : Laman web rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) digodam, dipercayai ada kaitan dengan kekalahan pasukan negara 1-2 kepada Vietnam dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suz...

SYAMSUL YUSOF DISAMAN KERANA MENCIPLAK KARYA

Seorang penulis novel, Elias Idris dilaporkan telah mengemukan saman terhadap pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof dan Skop Production atas dakwaan menciplak karya tulisannya menerusi novel Aku Boh...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item