Tips Menarik

loading...

Kerja Bergaji Lumayan RM14,000 Sebulan, Namun Ramai Yang Tidak Mahu Kerja Ini

Kerja Bergaji Lumayan RM14,000 Sebulan, Namun Ramai Yang Tidak Mahu Kerja Ini.



WALAUPUN ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.


Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.


'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Rupa Air Zamzam Apabila Melalui Mesin X-RAY Yang Ramai Tak Tahu !!!

SUBHANALLAH... Rupa Air Zamzam Apabila Melalui Mesin X-RAY Yang Ramai Tak Tahu !!! | Air zamzam berbeza dengan air biasa. Air dari tanah suci Makkah yang sering di bawa pulang dari mengerjakan ha...

Misteri Disebalik Keindahan Sungai Tanpa Hulu Sungai

Air biru yang tenang, pokok-pokok kelapa dan batu-batu di sekitar, membuat sungai yang terletak di Mindano, Filipina, itu kelihatan sangat indah. Namun, di sebalik keindahannya, sungai bernama Hinat...

Kisah Mayat Kanak-Kanak Masih Sempurna Berusia Hampir Seratus Tahun

Pada kebiasanya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya. Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Ia dikenali dengan Rosalia Lombardo.Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti me...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item