Tips Menarik

loading...

Video Mayat Di Biarkan Terapung Dalam Tasik Selama 2 Tahun Masih Sempurna

Dua tahun lalu, seorang pendaki Gunung Dempo, yang terletak di sempadan Wilayah Sumatera Selatan dan Bengkulu, dikatakan telah jatuh ke dalam tasik kawah gunung berapi dan dilaporkan maut.

Setelah sekian lama berlalu, jasad mayat yang tidak dinyatakan identitinya tersebut masih kelihatan utuh terapung di permukaan tasik.

Menurut laporan oleh sebuah portal berita, pada 2013 lalu, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan pendakian. Mangsa dilaporkan terpisah dari rombongan dan dinyatakan hilang.

Selepas tiga hari melakukan pencarian, akhirnya pasukan pencari menemui jasad pemuda ini mengapung dalam tasik kawah gunung yang kedalamannya hampir 2 kilometer.

Pasukan penyelamat dikatakan menghadapi kesukaran untuk mengambil jasad pemuda tersebut kerana jarak dari puncak gunung hingga ke bibir kawah mencecah 1 kilometer dan kebimbangan ancaman gas beracun yang keluar dari dalam kawah.

Hingga kini, jasad pemuda tersebut masih terapung di dalam tasik kawah gunung yang berwarna kehijauan, tanpa mengalami sebarang kerosakan sedikit pun. Pekara ini mungkin disebabkan keadaan air kawah yang mengandungi pelbagai macam bahan yang membolehkan jasad tetap utuh.

Menurut beberapa orang para pendaki Gunung Dempo, jasad pemuda tersebut yang kadang kala mengapung dan kadang-kadang tidak kelihatan.

Sehingga hari ini, usaha untuk mengangkat mayat mangsa masih cuba dilakukan. Namun, usaha untuk melakukannya begitu sukar. Dengan keadaan di sekitar kawah Gunung Dempo, kelajuan angin sukar diduga walaupun dengan menggunakan helikopter.

               
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Fenomena Misteri Sungai Tersembunyi Bawah Laut

Nampak memang seperti mustahil, tapi foto-foto oleh Anatoly Beloshchin ini menceritakan kisah sebuah sungai bawah laut yang tersembunyi di dalam Semenanjung Yucatan, Mexico Cenote Angelita atau disebu...

Diary Seorang Budak 12 Tahun Yang Ingin Jadi Pembunuh

Last summer two 12 year old girls from Waukesha, Wisconsin, tried to kill one of their classmates and claimed that they were doing it for the Internet character Slender Man. The case is now on trial a...

Rahsia Yang Sangat Mengejutkan Tersembunyi Dalam Patung Buddha Ini

Sebuah Muzium Drents yang berada di Belanda baru-baru ini menemui sebuah rahsia bahawa salah satu dari patung Buddha mereka telah menyembunyikan sesuatu yang amat mngejutkan:Sebuah patung dalam koleks...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item