Tips Menarik

loading...

Akhirnya Astro Dedah Punca Sebenar Mengapa Nabil Sering Bersikap 'Biadap' Ketika Mengacara


SHAH ALAM: Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

"Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

"Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan 'membunuh' kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Raqim yang ditemui pada konsert Gegar Vaganza 2  minggu kelima pada malam Ahad diminta mengulas mengenai komen orang ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

"Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

"Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

JOM BACA KISAH SAYU PAKCIK BUTA GIGIH MENJUAL MINYAK ATTAR DI IBU KOTA

IBARAT selagi dia masih bernafas, selagi itu dia berusaha memerah keringat yang ada. Berusia lebih separuh abad, lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Zainal ini masih berusaha mencari sesuap nasi...

PENJAWAT AWAM WANITA BOLEH CUTI SELAMA 5 TAHUN UNTUK JAGA ANAK BERMULA 1 JANUARI

SEREMBAN: Penjawat awam wanita akan dibenarkan cuti tanpa gaji sehingga lima tahun untuk menjaga anak angkat atau anak tiri mereka dibawa satu peraturan yang berkuat kuasa bermula 1 Januari depan.&nbs...

EKSKLUSIF! PENDEDAHAN MAKNA SEBENAR YANG MENAKUTKAN DISEBALIK JENAMA MONSTER

Sebuah video penjelasan mengenai jenama Monster telah menjadi viral dan popular di laman Youtube beberapa hari yang lalu. Seorang wanita tampil mendedahkan dan menjelaskan secara terperinci maksu...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item