Tips Menarik

loading...

Sayu : Selalu nya saya jaga Qayyum .. masa kejadian saya ada urusan tidak dapat jaga nya - Nenek

JOHOR BAHRU :  Seorang bayi lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan berhampiran PPR Sri Stulang, Jalan Bakar Batu-Permas, di sini, semalam.

Mangsa, Mohammad Qayyum Mohd Saffari yang didukung ibu saudaranya, Suhaila Shaharudin, 41, tercampak ke tengah jalan dan disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, bayi berusia setahun tiga bulan itu bersama Suhaila difahamkan cuba melintas jalan sebelum dirempuh lori muatan bahan pencuci pesakit buah pinggang untuk hemodalisis.

“Lori itu dinaiki dua orang datang dari arah Permas menghala ke pusat bandaraya Johor Bahru berada bahagian paling kanan laluan tiga lorong itu yang secara tiba-tiba penjalan kaki (iaitu kedua-dua mangsa) melintas.

 yang secara tiba-tiba penjalan kaki (iaitu kedua-dua mangsa) melintas.

“Susulan keadaan itu, pemandu lori berkenaan gagal mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan bayi yang didukung tercampak ke tengah jalanraya,” katanya, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, Mohammad Qayyum maut di tempat kejadian manakala Suhaila dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, jejantas bagi kegunaan pejalan kaki disediakan kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, nenek kepada bayi yang maut, Salbiah Kamrin, 63 memaklumkan cucunya itu dijaga anaknya Suhaila merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.

“Selalunya saya yang menjaga Qayyum tetapi disebabkan saya ada urusan lain, saya meninggalkannya di rumah di Flat Sri Stulang bersama Suhaila dan anak lelaki saya.

“Memang biasa Qayyum dibawa berjalan oleh makciknya itu dan kadangkala turun ke bawah rumah untuk makan di warung berhampiran. Namun, kira kira 11 pagi saya mendapat panggilan memaklumkan cucu saya meninggal dunia dan anak saya Suhaila parah ketika mahu melintas jalan,” katanya.

Beliau bagaimanapun masih tidak mengetahui status keadaan Suhaila yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) , HSA. -SINAR
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

PAKAIAN DASYAT ARTIS MLSIA PEGI HALLOWEEN ,APA PERLUKE MUSLIM SAMBUT HALLOWEEN?

 atas ni farah mendozabawah gf hans (exbf tasha shila)  tua2 pun nk smbut gak datin ezurin mcm biasala hantu kope# yg paling aneh...belah kanan bawah ni jumpa kat IG l...

Kehidupan Menyedihkan Di Sebalik Kekayaan Negara Dubai

Bercerita tetang Dubai, pasti kita terbanyangkan akan bangunan paling tinggi di dunia, Burj Khalifa. Selain itu, Dubai juga terkenal sebagai destinasi berkelas atasan, di mana artis-artis dan orang...

Nota Terakhir Seorang Gadis Sebelum Maut Akibat Dirogol Abang Sendiri

Luahan Terakhir Gadis yang Maut Akibat Dirogol Abang Kandung Ketika Ibu Bapa Pergi Haji | Masih ingat kisah seorang gadis yang meminta pertolongan di laman sosial akibat perbuatan kejam abang kandung...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item