Tips Menarik

loading...

'LEBIH BAGUS KALAU RAKYAT SUSAH NAK KE LUAR NEGARA' - NAZRI


KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini tidak digalakkan untuk bercuti di luar negara, bahkan ia lebih bagus jika mereka lebih susah untuk berbuat demikian, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih menggalakkan pelancong luar datang ke Malaysia. 

"Saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak galakkan rakyat melancong ke luar negara. Sayah anya menggalakkan pelancong luar negara ke Malaysia. Jadi, kalau suah mereka melawat ke luar negara lagi bagus," katanya ketika berbahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2016 di Parlimen. 

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas itu disindir oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang menyatakan bahawa hanya Nazri saja yang berhak ke luar negara.

"Yang boleh melancong ke luar negara hanyalah menteri seorang sahaja," sindirnya yang menyebabkan seluruh Dewan Rakyat menjadi riuh dengan sorakan ahli parlimen yang lain.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan bahawa tujuan beliau ke luar negara adalah untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia. 

"Yang berhormat tahu atau tidak promosi?" soalnya. 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa berang dan geram mereka terhadap kenyataan menteri terbabit.


"Ya Allah, geramnya! Yang isteri dia keliling dunia boleh pula? Tolonglah cakap perkara yang logik sikit. Ini tidak, dah serupa nak jadi Korea Utara ke?  Semakin hari semakin bodoh para menteri Najib ni!" kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 4238380030054414449

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item