Tips Menarik

loading...

KHALWAT, PUTRI MARDIANA MENGAKU BERSALAH


Putri Mardiana Zainal Abidin yang ditangkap khalwat bersama pasangannya yang juga suami orang pada 14 Disember 2014 dijatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur setelah kedua-duanya mengaku bersalah.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman itu pada Putri Mardiana, 34, dan Shahrizam Abdullah, 31, setelah kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding semalam, lapor Berita Harian.

Janda anak tiga itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah itu dibuat bagi menamatkan cerita yang tersebar luas di media sosial sekali gus tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya yang mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam. 

Pasangan itu juga diperintah membayar denda yang dikenakan dan jika tidak, mereka akan dipenjara selama tujuh hari.

Putri Mardiana dan Shahrizam pada 23 Jun yang lalu dihadapkan ke mahkamah mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan khalwat itu. Dalam kenyataan Putri Mardiana pada media hiburan pula mendakwa dia telah diperangkap oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam. Bagaimanapun isteri Shahrizam menafikan dakwaan itu. Difahamkan juga Shahrizam dan isterinya telah bercerai.

Putri Mardiana yang tidak diwakili oleh peguam, memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan menanggung anak, selain ibu dan abangnya juga orang kelainan upaya (OKU). 

Sementara Shahrizam yang bekerja sebagai penyelia projek pembinaan juga merayu tidak berikan hukuman penjara kerana dia juga menanggung ibu bapa dan anak berusia dua tahun. - THEHYPEMEDIA.COM 
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

BUNUH DIRI DI TAMAN BUKIT MUTIARA, SEREMBAN

Kejadian berlaku pada 10 November 2014 pukul 6.58 petang . Mangsa seorang lelaki cina telah membunuh diri dengan menyalurkan asap ekzos kereta ke dalam kereta tersebut. Mangsa mati akibat terhidu...

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT TERTEMBAK DIRI SENDIRI

GEORGE TOWN - Malang nasib seorang pengawal keselamatan apabila dia ditemui maut setelah terlepas tembakan sehingga mengenai dada kanan ketika hendak mengosongkan senjata di sebuah pejabat keselamatan...

RAZIF SIDEK DEDAH LEE CHONG WEI SUDAH LAMA MENGGUGUNAKAN DADAH DAN KHIDMAT DOKTOR LUAR

Baru-baru ini menjadi viral di Malaysia apabila pemain badminton nombor satu dunia Dato Lee Chong Wei didapati positif menggunakan barang terlarang. Klik di sini untuk lebih lanjutBekas pemain negara,...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item