Tips Menarik

loading...

KANTOI-AGENDA TERSEMBUNYI OBAMA NAK BUAT HAL dgn mlsia TERBONGKAR?



Biasanya lepas Obomba datang sesebuah negara itu, ada benda-benda besar akan terjadi.

1- Misalnya, MH17 yang terhempas dan TPPA yang ditandatangani di Filipina.

Kali ini dia datang lagi ke Malaysia. Bukan setakat TPPA, tetapi ada yang lebih besar menjadi matlamatnya.

Saya jangkakan, doktrin militer (baca: teroris) akan mula disuntik dalam kalangan masyarakat agamawan. Mereka didakyah menjadi pengebom berani mati sebagai membuka jalan untuk US dan proksinya memulakan kempen anti-teror di rantau Nusantara.

Sekaligus membuka jalan untuk US memecah masuk perairan Laut Cina Selatan dan menguasai Spratlys. US mahu intip Cina tetapi gagal. Mereka menempatkan naval mereka di sana tetapi tidak cukup kuat untuk bertahan disana. Mereka perlukan base disini untuk mengangkut bekalan.

Jawapan kepada mengapa US berminat dengan reef and shoal tersebut ada pada posting terdahulu tentang Pulau Layang-layang.

Nantikan perkara besar selepas kedatangan Obomba ini tidak lama lagi.
Sama ada kamu mahu menurut perintah, atau diperintah....
You decide which proxy will you stands for....
US-allies, or BRICS block...?
You will never sustain....


Perjanjian TPP hanya muslihat Amerika, kata Tun M

SHAH ALAM - Malaysia diminta mengabaikan tarikh akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama 12 negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun D
r Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah sebuah perkongsian yang sama rata.

"Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc semalam.

Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini.

Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah perjanjian yang merugikan negara.

"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.

"Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya lagi.

Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana.

"TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.

Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh.

"Kita negara perdagangan ketiga di belakang Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada perdagangan kerana kita ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang bermula sejak lebih dua tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan.


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 5923055243329405404

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item