Tips Menarik

loading...

5 REMAJA PEMBULI DI ASRAMA ANAK YATIM DITAHAN

TERTUDUH kes buli pelajar asrama anak yatim di sini dibawa ke Mahkamah Juvana Kangar, hari ini.

KANGAR: Lima remaja mengaku bersalah di Mahkamah Juvana Kangar, di sini petang tadi atas tuduhan merusuh di sebuah asrama anak yatim, antara 31 Mei hingga 1 Jun lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun itu dituduh di hadapan Majistret Norhayati Ibrahim di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Seorang daripada tertuduh yang berusia 15 tahun bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah.
Norhayati menetapkan kes dibicarakan semula dan jatuh hukum pada 24 Disember 2014 sementara menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Badius Zaman Ahmad. Selepas pertuduhan, kelima-lima remaja berkenaan yang tidak diikat jamin dibawa ke lokap untuk ditahan.
Kelmarin, satu klip video berdurasi hampir tujuh minit yang menunjukkan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain di sebuah bilik asrama dipapar dan disebar di laman sosial. KLIK SINI UNTUK MELIHAT VIDEO TERSEBUT
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 8521784276986245706

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item