Tips Menarik

loading...

HOSPITAL DUNGUN MENYEBABKAN SEORANG PELAJAR UITM BUTA


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan pentadbiran awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memfailkan saman terhadap Pengarah Hospital Dungun dan dua pihak lagi kerana cuai hingga menyebabkan beliau hilang penglihatan. 

Nur Laila Md Yusof, 21, mengfailkan writ saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen, di sini, menerusi Tetuan T. Vijay & Co. 

Anak kedua daripada tiga beradik itu hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, ditemani ibu dan bapanya serta diwakili peguam T. Vijayandran. 

Nur Laila menamakan Pengarah Hospital Dungun, Dr Tan Kian Kheng dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga ketiga. 

Menerusi pernyataan tuntutan, Nur Laila yang belajar di UiTM cawangan Dungun mendakwa pada 13 November tahun lepas beliau mengalami demam dan mendaftarkan diri Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan. 

Beliau mendakwa telah dirawat oleh Dr Tan dan diberi enam jenis ubat termasuk T Amoxycillin, Syp Benadryl, CMC eye dan Hydrocortisone cream dan pada hari yang sama beliau pulang ke Kuang, Rawang (rumah keluarga). Ketika itu beliau mendapati keadaannya bertambah buruk dan mengalami tanda-tanda suhu badan yang panas melampau serta kulit mengeluarkan bintik merah seperti cacar air. 

Dakwanya, keadaan kulit menjadi semakin teruk dan telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 18 November tahun lepas. Setelah diperiksa, beliau didapati mengalami alahan Toxic Epidermal Necrolysis terhadap ubat antibiotik Amoxycillin yang diberi oleh Dr Tan. 

“Kesan reaksi alahan tersebut telah menyebabkan fungsi kedua-dua belah mata terjejas teruk hingga mata kanan terpaksa dibuang, juga terdapat kesan lecuran dan kesakitan yang teruk akibat kecuaian defendan-defendan,” katanya dalam pernyataan berkenaan. 

Nur Laila menuntut faedah, kos dan relif yang sesuai oleh mahkamah. Tiada jumlah tuntutan dinyatakan di dalam saman itu. Ketika ditemui pemberita bapa Nur Laila, Md Yusof Abd Kadir berkata anaknya terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu kerana kesukaran melihat dan akan ke Hospital Serdang minggu hadapan bagi rawatan susulan. 

Peguam Vijayandran pula memberitahu bahawa writ saman berkenaan akan diserahkan kepada semua defendan pada minggu hadapan
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 464106423336963745

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item