Tips Menarik

loading...

DAP TAK TAKUT BERJUANG SENDIRIAN TANPA ANUAR IBRAHIM

LIM: Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau  mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen,” kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Kata Lim, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji.

“DAP berpegang kepada  prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR.

“Apa yang penting, bila kita bercakap perlu ‘cakap serupa bikin’ dan semua parti perlu ada amalan yang sama,” katanya.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 1512534348676270877

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item