SAYU. SEORANG IBU SANGGUP KORBANKAN NYAWA DEMI ANAKNYA
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/11/sayu-seorang-ibu-sanggup-korbankan.html
Kuala Terengganu: Demi kasih sayang ibu, seorang wanita sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.
Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, yang bangkit dari jatuh hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan tar.
Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke SK Pasir Panjang selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.
Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.
PELAJAR tingkatan empat yang merempuh Dayang turut cedera ringan
Dayang diselimut menggunakan kain batik sementara menunggu ketibaan ambulans untuk dihantar ke hospital
Muhammad Izzudin cedera di tangan akibat ditolak ibu
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI