Tips Menarik

loading...

GAMBAR TIGA BERANAK MAUT PERODUA ALZA BERTEMBUNG TRELER


Dungun : Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) - Pasir Raja di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi. 


Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengorbankan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu Rizal Zhafri Ibrahim, 22, adik perempuannya Suliana Ibrahim,18, dan bapa mereka Ibrahim Salim, 67. 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah treler balak.



Semua mangsa yang parah di bahagian kepala, dada, tangan dan kaki, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. 

Sepasukan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba AMBS terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika ditemui di Hospital Dungun, mengesahkan kejadian itu.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 2252935505635077489

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item