KEJADIAN DAN PERISTIWA MISTERI DI AIR TERJUN SEKAYU SEBELUM MENGORBANKAN AHMAD RAFIKIN
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/11/kejadian-dan-peristiwa-misteri-di-air.html
Air Terjun Sekayu yang terletak di Kuala Berang, Terengganu sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, jungle tracking, aktiviti perkhemahan dan bermacam-macam lagi.
Tapi awas, di sebaliknya ada cerita lain yang jarang orang ambil peduli iaitu bahaya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu.
Gambar di atas ialah air terjun utama dan terbesar di kawasan rekreasi air terjun Sekayu ini. Untuk sampai disini anda mesti mendaki berpuluh-puluh anak tangga.
Air terjun Sekayu juga merupakan kawasan yang amat bagus untuk merakam gambar flora dan fauna. Ada taman Orkid yang mempunyai beratus-ratus spesis bunga Orkid. Ada taman herba yang mempunyai beratus-ratus tanaman herba siap dengan nama saintifiknya sekali.
Sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertengahan tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan, sama ada mati lemas atau mati lemas kerana akibat fenomena kepala air.
Pernah suatu ketika, kawan saya telah lemas ketika terjun di puncak teratas air terjun ini. Memakan masa sehingga berhari-hari juga barulah mayatnya dijumpai.
Mayat kawan saya dijumpai dengan keadaan kepalanya tersepit dicelah batu dengan kedudukan kepala kebawah dan kakinya ke atas.
Sukar mahu percaya kerana mungkin kita tak pernah menjumpainya tetapi kalau kita belum pernah menjumpainya adakah pendapat kita makhluk ni tidak wujud?
“Aku sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kawasan perkelahan hutan lipur sekayu pada masa tiada pengunjung langsung,Masa2 yang tiada pengunjung biasanya pada bulan disember atau pun pada musim tengkujuh.Tujuan aku kesitu hanya lah untuk menghayati hutan lipur sekayu ketika tiada langsung pengunjung dan maksud aku yang tersirat ialah mungkin terjumpa dengan makhluk2 itu,” kata Azram Sulong.
Di air terjun inilah yang biasa terjadi para pengunjung mati lemas padahal air terjun ini hanya mempunyai kedalaman kira-kira 1 meter sahaja.
Tahukah anda, ramai orang yang telah menceritakan tentang penemuan makhluk misteri dan menyeramkan dihutan lipur sekayu dalam pelbagai versi.
Antaranya, ada yang berbentuk bebola api yang datang menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat-nyikat rambutnya tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan menunjukan wajahnya yang tiada wajah.
Semasa saya remaja dulu inilah cerita yang selalu diceritakan oleh orang-orang tua bila setiap kali saya dan keluarga pergi berkelah di sana.
Sangat menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti itu. Pada kebiasaannya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas hujan renyai-renyai.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI