Inilah Sebab Tunku Abdul Jalil Begitu Disayangi Rakyat Johor
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/12/inilah-sebab-tunku-abdul-jalil-begitu.html
Putera ketiga Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam Sabtu lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Media tempatan melaporkan, Almarhum Tunku Abdul Jalil didiagnosis kanser hati peringkat keempat tahun lalu susulan badan menghadapi masalah kesihatan.
Apabila berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil disiarkan, kepiluan dirasai oleh semua golongan rakyat bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara.
Ini jelas terbukti apabila orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa pergi ke istana besar Johor untuk memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Abdul Jalil pagi semalam.
Kenapa Putera Ketiga Sultan Johor begitu disayangi rakyat jelata? Kenapa orang ramai begitu menyanjung tinggi Almarhum Tunku Abdul Jalil?
Menderita dengan penyakit, masih mampu mengekalkan sikap positif dan optimis
1) Putera Ketiga Sultan Johor merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, walaupun menderita dengan penyakitnya dalam tempoh beberapa tahun, tapi masih bersikap positif dan optimis, serta turut bergiat menyertai pelbagai aktiviti dan berusaha menyebarkan mesej yang positif melalui media sosial.
2) Seorang yang peramah, Periang dan rendah diri
Walaupun menderita dengan penyakit, tetapi Putera Ketiga Sultan Johor masih sangat optimis ketika menjalani rawatan, secara nakal mengusik ketua jururawat, semua orang suka dengan Putera Ketiga Sultan Johor kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau tanpa mengira darjat atau pangkat,
3) Sering memberi galakkan kepada pesakit lain
Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar. Biarpun dirinya menderita dengan penyakitnya, tetapi Almarhum masih berkeinginan mengunjungi pesakit lain sambil memberi sokongan dan kata-kata semangat agar mereka lebih gigih menghadapi penyakit kanser. Di laman Facebooknya tertulis : " Kami menghidap penyakit kanser, sebab itu kami berpeluang menjadi abang dan adik. Esok saya akan datang lagi mengunjungi anda, Azman."
4) Putera Johor Yang Petama Menyertai Pasukan Polis.
Almarhum merupakan kerabat di raja Johor yang pertama berkhidmat dalam pasukan polis selepas tamat latihan polis selama sembilan bulan pada tahun 2011. Seorang putera Johor yang penuh keberanian dan bersikap menegak keadilan, macam mana tidak disanjungi rakyat jelata?
Sudah pastinya, kebelakangan ini suasana politik negara kita agak menggusarkan, bukan sahaja Putera Ketiga Sultan Johor memperolehi perhatian, malah seluruh kerabat diraja Sultan Johor yang lantang menyuarakan pendirian yang berjiwa rakyat di laman sosial, boleh dikatakan salah satu sebab mengakibatkan Putera Ketiga Sultan Johor menjadi 'People In The News'.
Barangkali ini merupakan kerinduan masyarakat terhadap putera muda tersebut ataupun boleh juga dikatakan sebagai perasaan sayang ke atas Almarhum, namun demikian ia juga boleh menggambarkan refleksi hubungan akrab orang ramai terhadap kerabat diraja Johor yang lantang menyuarakan isi hati masyarakat Malaysia sekarang. - CARI Infonet
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI