Tarik Diri GegarVaganza: Ini Komen Farahdhiya
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/12/tarik-diri-gegarvaganza-ini-komen.html
Finalis Gegar Vaganza musim ke-2 (GV2) iaitu Faradhiya, akui mahu menarik diri di saat-saat akhir disebabkan kehilangan suara secara tiba-tiba pada hari Ahad lalu (semi final).
Tetapi niatnya itu telah dibatalkan setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada juri tetap Datuk Ramli MS.
Ramli MS yang lebih mesra disapa Tok Ram telah menurunkan ‘key’ nyanyiannya agar Farahdhiya mampu menyanyikan lagu itu walaupun tidak dapat melontarkan suara tinggi.
Ini komen dari Farahdhiya sendiri:
“Semasa ‘reherseal’ suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.
“Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.
“Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.
“Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu ‘Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu’ dengan ‘key’ yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya,”
Farahdhiya kini sedang mempersiapkan diri utnuk pentas akhir GegarVaganza dan akan terus berusaha gigih untuk memberikan persembahan yang terbaik dan tidak mahu menghampakan penonton dan peminat.
Sumber: Murai
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI