Tips Menarik

loading...

'KAMI DIBAYAR GAJI UNTUK MERANA, DIMAKI & DIVIRALKAN'


Di Australia, terdapat banyak taman teman bertaraf dunia. Semalam aku pergi ke Warner Brother's Movie World, memang best-best game depan. Nak tercabut jantung aku naik roller coaster depa. Hahaha. Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku ternampak bangunan ini (gambar di bawah), ia merupakan sebuah klinik yang lengkap untuk melakukan rawatan kecemasan (First Aid). Yang paling menarik, klinik ini hanya dikendalikan oleh jururawat.

Aku sempat masuk ke dalam klinik dan memperkenalkan diri kepada dua jururawat yang bertugas. Nama mereka Debbie dan Michelle. Pada mulanya mereka agak serius tetapi setelah aku memperkenalkan diri sebagai pakar kecemasan dari Malaysia, mereka berubah menjadi sangat ramah. Siap bawa aku tour klinik mereka.


Ada dua orang pesakit pada ketika itu dan salah seorangnya sedang dalam proses untuk dihantar ke hospital di Queensland oleh pasukan St' John mereka. Aku bertanya, tidak adakah doktor sepenuh masa di klinik tersebut? Kata mereka, memang tiada kerana memadai hanya ada mereka berdua untuk uruskan kes-kes ringan dan mereka juga telah dilatih untuk melakukan rawatan resusitasi. Kes-kes yang serius pula akan dirujuk terus ke hospital.

Setelah berborak seketika, aku memohon diri untuk pergi. Ketika berjalan keluar, aku terfikir kalaulah di negara kita klinik yang tiada doktor sudah tentu akan dimaki hamun dan dicerca oleh macai. Mereka akan memperlekehkan Klinik 1Malaysia dan Klinik Desa yang kononnya dikendalikan oleh MA dan Jururawat sahaja sedangkan mereka adalah kakitangan-kakitangan yang senior, terlatih dan berpengalaman. Malah sesetengah Klinik 1Malaysia dan Klinik Desa secara pelahan-lahan sedang diisi jawatan doktor di sana oleh kerajaan kita. 

Namun, destinasi pelancongan dunia yang kaya raya ini tidak menggaji seorang doktor pun untuk klinik mereka. Mereka yakin dengan kecekapan dan kemampuan jururawat serta pasukan paramedik mereka. Mungkin akan ada yang berkata jururawat mereka lebih cekap berbanding dengan jururawat kita yang tidak sama standard. Siapa yang berkata sedemikian memang mangkuk. 

Jururawat yang bekerja bersama saya dan pernah bekerja bersama saya adalah individu-individu yang hebat! Mereka adalah tangan kanan dan kiri saya sebenarnya. Mereka juga sangat cekap melakukan rawatan kecemasan. Mereka juga hebat sehingga boleh menegur kesilapan yang dilakukan oleh para doktor hasil dari pengalaman mereka bekerja bersama-sama doktor-doktor yang hebat. Malah ada yang begitu mahir sehingga boleh melakukan advanced procedure dan boleh menjadi team leader dalam resusitasi. Ada di antara mereka lebih pakar dari sesetengah doktor bertauliah terutamanya jururawat bidan dalam menguruskan kes bersalin!

Kehebatan mereka ini sehinggakan negara-negara Arab yang kaya seperti Saudi dan Qatar mengambil mereka bekerja dengan gaji bernilai 5 digit tanpa banyak soal. Namun di negara sendiri, mereka hanya dianggap sebagai manusia kelas kedua di hospital dan klinik yang akan diherdik serta tidak dihormati oleh pembuli di kalangan masyarakat.

Betapa banyak kes yang mana berlaku di depan mata, jururawat saya dimarahi hanya kerana bertanya soalan sahaja. Malah ditanya dengan begitu berhemah. Alasan mereka, mereka hanya mahu berjumpa dengan doktor. Lebih dari itu, mereka sering menjadi bahan untuk dicerca dan dimaki hamun di media sosial hanya kerana masalah hati dan emosi sesetengah manusia yang salah faham dan tidak memandang pengorbanan yang mereka lakukan.

Opps! Saya terlupa tidak boleh sebut tentang berkorban kerana di sisi macai, warga hospital telah dibayar gaji. Gaji itu meliputi pakej untuk dimaki hamun dan diviralkan keburukan ke seluruh alam. Kami digaji untuk merana. Maafkan saya kerana tersilap mengatakan ia adalah pengorbanan. - Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 676145584288079755

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item