'Mansuhkan Hukuman Khalwat'
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2015/12/mansuhkan-hukuman-khalwat.html
Antara yang dicadangkan ialah memansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, mereka menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika ia dilakukan dirumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi di antara pelakunya dengan Allah kecuali jika perbuatan itu dilakukan di tempat awam.
"Ini bertentangan dengan Islam. Apa yang orang buat di dalam rumah sendiri, anda tidak boleh mengetuk pintu pada jam 3 pagi dan menahan mereka. Ini bertentangan dengan prinsip perundangan Islam. Dosa peribadi adalah antara diri sendiri dengan Allah.
"Anda boleh masuk neraka atau tidak, atau apa sahaja tetapi bukan urusan undang-undang menghukum anda ke dalam penjara kerana melakukannya secara privasi di rumah, bukan di taman awam," katanya yang dipetik dari portal Utusan Malaysia hari ini.
Menurut Farida, pelaksanaan undang-undang syariah itu menjadi masalah besar apabila ia melanggar Perlembagaan sehingga menjadikan dosa peribadi seseorang individu itu sebagai satu kesalahan jenayah.
Bidang kuasa jawatankuasa perunding ini adalah untuk melihat jika sesesungguhnya undang-undang itu melanggar Perlembagaan, mereka akan mencadangkan ia dimansuhkan atau dipinda.
G25 akan cuba mendapatkan kerjasama dan penglibatan dari semua NGO dalam usaha menubuhkan jawatankuasa tersebut selain dari cuba memohon dana kerajaan untuk memudahkan pergerakan mereka. - UTUSAN MALAYSIA / THEHYPEMEDIA.COM
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI