Tips Menarik

loading...

Scha al-Yahya: Jangan Bandingkan Lara, Aaisyah



Ibu mana tidak terkilan apabila anak yang dilahirkan mereka sendiri dibanding-bandingkan dengan anak individu lain. Menurut Scha al-Yahya, dia mengakui terkilan apabila anaknya, Lara Alana dikatakan bersaing dengan anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana.

“Sudah tentulah, tiada persaingan di antara mereka. Kenapalah perkara ini harus terjadi? Kasihan. Mereka bayi lagi dan masih kecil. Saya tidak nafikan, peminat memang banyak membantu, tetapi apabila terjadi perkara ini, saya sendiri rasa tidak seronok”
“Ya, saya tahu ramai peminat menyukai Lara dan Aaisyah, tetapi janganlah terlalu taksub,” jelas Scha kepada Sinar Harian
Selain itu, Scha juga berharap agar perkara sedemikian tidak lagi diungkit pada masa akan datang. Ketika ini, Scha juga mengakui tidak kisah sekiranya anak perempuan mereka terlibat dalam bidang seni.
“Setakat ini, Lara hanya terlibat dalam penggambaran iklan dan untuk berlakon masih belum ada lagi. Bukan tidak izinkan, tetapi saya perlu memilih produk yang benar-benar bersesuaian dan berkaitan Lara”
“Bukannya apa, Lara seorang bayi yang sangat aktif dan bising. Dia jarang duduk senyap. Jadi, agak sukar untuk mendapatkan fokus dari dia,” kata Scha lagi.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 3219848434782785058

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item