Tips Menarik

loading...

Subhanallah… ” Maafkan Aku Kak, Puas Aku Tarik. Aku Tak Berdaya Membuka Pintu..”

Ekoran daripada kemalangan tragis yang meragut empat nyawa di Kota Tinggi Johor semalam, seorang saksi menceritakan detik kejadian.
” Subhanallah… sungguh menyayat hati kejadian nahas melibatkan dua buah kereta di Jalan Kubu Kota Tinggi.. Walaupun aku ini manusia biasa… tapi aku bersyukur dapat menyelamatkan seorang mangsa. Walaupun kedua-dua kereta itu sedang dijilat api.. Tergamam bila sebuah kereta lagi masih hidup, dan meminta bantuan untuk keluar. Maafkan aku kak. Aku tak berdaya untuk membuka pintu kereta kau, sebab sudah kemek. Puas aku tarik. Namun tak boleh juga.. sebab aku seorang saja yang berada di situ. Pabila api sudah marak merebak di bahagian enjin kereta kau kak, aku terpaksa menjauhkan diri. Serius aku tak sanggup tengok manusia sedang hidup meminta tolong dengan api sedang membakar tubuhnya hidup-hidup. Subhanallah… Ya Allah kau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang berimab. Ampunkanlah segala dosa-dosanya. Amin…”

saksi.jpg

Kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan kehilangan nyawa seorang wanita yang rentung di dalam kereta Toyota Corolla, manakala satu keluarga dari Singapura terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak rentung di dalam Land Rover.
Seorang lagi kanak-kanak di dalam Land Rover berkenaan berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.
Kemalangan dipercayai berpunca apabila Land Rover yang dalam perjalanan ke Mersing telah melanggar papan tanda jambatan Sungai Dohol lalu terbabas ke arah bertentangan dan bertembung dengan kereta Toyota Corolla sebelum terbakar.
3.jpg
1.jpg

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 738259977348355416

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item