Tips Menarik

loading...

Apple lancar tablet paling nipis di dunia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, sehingga hari ini, sebanyak 225 juta iPad telah terjual sejak ia diperkenalkan pada tahun 2010 dan lebih kurang 675,000 aplikasi telah dibangunkan khusus untuk tablet itu di AppStore.



iPad Air 2 hadir dengan tiga pilihan warna;putih, hitam & emas!

Skrinnya kini turut diliputi dengan sokongananti-reflective, mengurangkan 56% pantulan.

Dari segi pemprosesan, iPad Air 2 menggunakan cip A8X, yang merupakan cip generasi terbaharu dan merupakan versi yang sedikit dikemaskini berbanding yang terdapat pada iPhone 6.

iPad Air 2 dibangunkan dengan masa ketahanan bateri sehingga 10 jam, di samping turut dilengkapi dengan cip M8.

Buat masa ini, tempahan awal bagi tablet ini masih belum dibuka dan peminat dilihat masih tertanya-tanya bilakah tarikh pengumuman untuk pra-tempahan akan diumumkan.

Dalam masa sama hari ini, di samping iPad Air 2, Apple Inc turut melancarkan iPad mini 3 bagi mempelbagaikan pilihan tablet untuk pembeli.




loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gadget 4331670848970209677

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item