Fenomena Baru: Donut Selfie
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/10/fenomena-baru-donut-selfie.html
Dengan pelbagai cara untuk merakam selfie dan juga beberapa aplikasi untuk mencantikkan gambar ada, mungkin ada yang bertanya... adakah ada cara lain untuk selfie? Tentu sekali!
Seorang bekas pekerja Microsoft, Karen X Cheng memperkenalkan “donut selfie”.
Karen, yang merupakan pengasas ‘100 Challenge’ yang menyeru orang ramai untuk belajar sesuatu yang baru untuk 100 hari, tidak sangka akan mencetuskan fenomena 'donut selfie'.
Pada mulanya beliau ingin mencari sudut yang sesuai untuk selfie. Tanpa disedari, beliau merakam video dan hasilnya adalah satu video dengan pusingan 360 darjah.
Merakam ‘donut selfie’ tidak susah. Anda hanya memerlukan telefon pintar anda merakam video anda dengan pusingan 360 darjah seperti donat.
Untuk lebih kreatif, anda perlu rakam beberapa video dengan persekitaran yang berbeza. Cantum kesemua video untuk menghasilkan 'donut selfie' yang unik berlatar-belakangkan persekitaran yang berbeza.
Usahawan itu telah menubuhkan satu laman web iaitudonutselfie.comdan kini sedang mengumpul ‘donut selfie’ dari seluruh dunia.
Berikut adalah beberapa ‘donut selfie’ yang dimuat naik di YouTube:
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI