OKU maut jatuh tingkat 13
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/10/oku-maut-jatuh-tingkat-13.html
Georgetown: Seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) meninggal dunia selepas dipercayai terjun daripada tingkat 13 sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Dumbar di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa, Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, dipercayai memanjat kerusi di balkoni rumahnya sebelum terjun.
Jurucakap polis berkata, mayat mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di tingkat dua dalam keadaan parah.
"Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui berpakaian lengkap dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
"Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama neneknya manakala ibunya ditahan di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat angin ahmar manakala bapanya sudah meninggal dunia.
"Mangsa seorang yang hiperaktif dan mayatnya dihantar ke HPP untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:29 AM
Mayat remaja OKU yang dipercayai terjun dari tingkat 13
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI