Tips Menarik

loading...

Diserang Sakit Jantung Sebelum Rempuh Pokok

Foto daripada Harian Metro


Alor Gajah: Seorang lelaki diserang sakit jantung menyebabkan kenderaan dipandunya terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Perindustrian Rembia, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, mangsa Kamarudin Ekasah, 48, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketika kejadian mangsa bersama isteri Jawiah Abdul, 49, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Jati Indah, Simpang Ampat sebelum diserang sakit jantung menyebabkan Proton Saga dipandu melanggar pokok sebelum terhenti di penghadang tengah.

Beberapa pekerja kilang yang menyedari kemalangan membantu mengeluarkan pasangan itu yang terperangkap dalam kereta sebelum menghubungi pasukan penyelamat.

Kamarudin bagaimanapun disahkan mati dalam perjalanan ke hospital manakala Jawiah tidak cedera.
Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman mengesahkan mengenai kejadian dan berkatam, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Wakil Pengantin Perempuan Tampil Buat PENDEDAHAN "PERANGAI SEBENAR" Pengantin LELAKI?

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial pengantin lelaki telah ditumbuk gara-gara tidak menyediakan wang hantaran yang cukup seperti yang diminta.Keadaan menjadi lebih tegang apabila keluarga ke...

TERBONGKARNYA MISTERI PESAWAT MH370 DAN MH17

8 March 2014 00.35 pagi: Pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 orang anak kapal telah berlepas dari Lapangan terbang KLIA dan dijadualkan akan sampai ke Beij...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item