Tips Menarik

loading...

Teknologi Baru. Halal Test - Alat Untuk Mengesan Unsur Babi Dalam Makanan


PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.



Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.



Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.

Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.

Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).

Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS / Utusan

video cara penggunaan  Halal Test

P/S: Harap-harap lepas ni saintis boleh buat Rasuah Test pula.
loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

10 Cara ‘Rare’ Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Bangun Subuh Awal

Nota editor : Bab bangun pagi ini memang betul-betul menduga. Kalau boleh nak tidur macam dah tak ada hari esok. Terjaga, terus tarik selimut dan sambung tidur. Namun hidup di dunia ni bukan selama-l...

3 Sebab Mengapa Anda Tidak Akan Memakai Kasut Tumit Tinggi Lagi Selepas Ini

Tahukah anda beberapa risiko dikenal pasti melalui kajian dilakukan pakar berkaitan pemakaian aksesori ini secara kerap. Nampak 20 tahun lebih tua Menurut kajian terbaru Universiti Stanford Unive...

Bisnes Paling Mudah Dan Menguntungkan Tapi Ramai Yang Tak Tahu

KULIM - Hanya berbekalkan sebiji nangka, seorang bekas pekerja swasta mampu memperoleh sumber pendapatan tetap.Nasrul Zairi, 31, berkata, dia menjalankan perniagaan menjual nangka madu itu sejak dua t...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item