Kemewahan Sultan Johor
http://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/10/kemewahan-sultan-johor.html
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah salah seorang Sultan di Malaysia yang tidak asing lagi dengan minat terhadap pengumpulan koleksi kereta mewah. Baginda sangat minat dalam mengumpul koleksi kereta mewah sehinggakan ada sebahagian kereta mewahnya ditempah khas dan “LIMITED EDITION”.
Antara koleksi kereta mewah Baginda Sultan Johor adalah Ferrari GTO, Bugatti Veyron, Maserati, Lamborghini, Porsche dan banyak lagi jenama kereta mewah lain. Bila sebut pasal kereta mewah pasti ramai sudah membayangkan berapa harga “roadtax” kereta mewah bukan? Harga untuk “roadtax” kereta mewah ada yang bermula belasan ribu ringgit dan ada yang puluhan ribu ringgit. Hanya orang kaya sahaja dapat membeli kereta mewah.
Jika sebelum ini Sultan Johor telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan WWW1 dengan bidaan tertinggi, tahun lalu(2013) sekali lagi Sultan Johor berjaya memiliki nombor pendaftaran termahal di Malaysia iaitu W1N yang diletakkan pada kereta Proton Suprima S miliknya. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor plat W1N dengan harga paling mahal iaitu RM748,000.00.
Ada pihak yang mengatakan tindakan Sultan Johor membida plat pendaftaran kenderaan mahal satu tindakan membazir. Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan tindakan Sultan Johor ini. Tetapi jika itu memberikan kepuasan kepada diri sudah tentu dia tidak memikirkan akibat lain.
Jika dinilai semua aset yang dimiliki oleh Sultan Johor ini mungkin jumlahnya melebihi puluhan juta atau mungkin akan sampai ke ratusan juta ringgit. Banyak bukan?
Ini adalah salah satu kereta “LIMITED EDITON” keluaran Ford. Mungkin hanya satu sahaja kereta jenis ini berada di atas jalan di Malaysia. Setuju?
Mercedes Benz dan Porsche milik Baginda Sultan Johor.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI