Tips Menarik

loading...

Terkejut!, Syed Azmi Anjur Banyak Aktiviti Lain! Selain Dari Pegang Anjing


Mungkin ramai orang yang kecam Syed Azmi dengan berbagai kata-kata kesat, tapi mungkin juga dalam ramai-ramai yang kecam itu, hanya giat mengecam orang saja tanpa ada apa-apa aktiviti lain.

Bukan bermaksud nak bela sesiapa kat sini, cuma nak peringatkan diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum memberikan komen dan cemuhan. Nak tegurpun biarlah berpada. Jangan kita jadi kaum yang suka berlebih-lebihan dan mencemuh menegur atau membalas.

Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.




Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.



  • Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu      dan kurang bernasib baik)
  • Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  • Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  • Ramadhan Box
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan Ayam
  • Sukan Rakyat
  • Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  • Kutipan Pakaian Untuk Syria
  • Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  • Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  • Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  • Suspended Meal (Free meal for the poor)
  • Kempen Zebra Crossing
  • Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
  • Project Make It Right (Give Up your seats to the pregnant ladies in commuter)

  • Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 




    Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

    Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

    Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

    Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

    Apa pendapat anda ?

    Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

    Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.


    loading...

    MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

    Artikel Berkaitan

    7 Tanda nyata perempuan sudah berzina atau disentuh lelaki..No 3 & 4 Banyak Dah Nampak..

    Gadis yang masih suci adalah gadis yang menjaga maruahnya dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki.Sentuh bukanlah bermaksud berpegangan tangan dan sebagainya.Namun apa yang di maksudkan i...

    Ramai TERKJEUT Dgn Berita Ni ! Rupanya Ini Punca Sebenar Ajak Dan Shahrol Berpecah Dalam MLM !

    Beberapa hari lepas, barisan pelawak bagi Maharaja Lawak Mega 2016 telah diperkenalkan oleh pihak Astro. Tahun ini, nyata ada perubahan yang agak besar didalam program tersebut apabila menggabung...

    Mak Toleh Belakang, Tengok Troli Dengan Adik Yang Ada Dalam Tu Sudah Hilang

    Sejak kebelakangan ini kita sering terdengar pelbagai kisah yang terjadi di dalam masyarakat, ada kisah yang sebenarnya agak membimbangkan terutamanya ibu bapa.Terbaru, diceritakan oleh seorang...

    Catat Ulasan

    PopularRandom EntriArkib

    Popular

    Random Entri

    Arkib

    item