Tips Menarik

loading...

TERKINI ! 100 Dipercayai Tertanam Hidup-Hidup Dalam Tanah Runtuh Di Sri Lanka


COLOMBO: Satu kejadian tanah runtuh di sebuah ladang teh di Sri Lanka telah mengorbankan kira-kira 100 orang pada Rabu, dengan mangsa tertanam hidup-hidup.

"Saya pergi ke tempat kejadian. Apa yang saya diberitahu ialah kira-kira 100 orang telah tertanam hidup-hidup," kata Menteri Pengurusan Bencana, Mahinda Amaraweera kepadaAFPmelalui telefon selepas melawat lokasi kejadian di wilayah timur Koslanda.


"Tidak mungkin mereka boleh selamat."

Menteri itu berkata usaha mencari dan menyelamat yang diketuai pasukan kini berubah menjadi operasi pemulihan, di mana mereka berharap dapat menyambung semula usaha awal pagi Khamis.


Beliau berkata penggunaan jentera berat harus dilakukan dengan berhati-hati kerana bukit-bukau sekitarnya masih tidak stabil.

"Pada mulanya kami anggarkan jumlah yang hilang ialah 300, tetapi kebanyakan mereka berada di sekolah atau bekerja," kata menteri itu.

"Kami telah memulakan operasi bantuan untuk menyediakan mereka dengan makanan dan tempat tinggal."

"Bahkan pejabat di mana rekod yang disimpan juga telah rosak," katanya lagi.

Pegawai tentera utama di wilayah ini, Mejar Jeneral Mano Perera berkata 302 orang, termasuk 75 kanak-kanak sekolah, yang rumah mereka musnah dalam banjir lumpur itu, kini dijaga di dua buah sekolah di kawasan itu.


Tanah runtuh itu berlaku ketika kebanyakan mereka sedang bekerja dan anak-anak sudah berada  di sekolah, meninggalkan kalangan warga tua dan anak kecil di rumah.

Pegawai tentera berkata kira-kira 500 anggota tentera telah dikerahkan ke kawasan itu untuk menjalankan usaha mencari mangsa.



Ikuti video yang kami jumpa dia Youtube:



loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

Yus Jambu Meninggal Dunia

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita s...

Yus Jambu Meninggal Dunia

Dalam kemaskini terbaru menerusi Facebook tengah malam ini, Afdlin Shauki telah menyampaikan berita sedih apabila Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39 telah pergi meninggalkan kita se...

UMMI NAZEERA BERSYUKUR BAPANYA DIPENJARA 31 TAHUN

 Aktres Ummi Nazeera mengakui beliau bersyukur dengan keputusan Mahkamah Sesyen semalam, menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun terhadap bapanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Datuk ...

Catat Ulasan

PopularRandom EntriArkib

Popular

Random Entri

Arkib

item