Tips Menarik

loading...

ANDA PERLU TAHU, KESAN BURUK KAHWIN MUDA


Menamatkan zaman bujang seusia 14 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki bukan perkara asing sebelum kemerdekaan negara ini. Malahan menjadi lumrah bagi setiap kaum yang berada di Malaysia sewaktu itu. 

Kalau sudah ada jodoh jangan dibiarkan ia pergi. Segeralah berkahwin kerana perkahwinan boleh mengelakkan daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan. Jika sudah dilamar oleh sang kumbang, sang bunga sepatutnya setuju andai hati sudah berkenan. 

Trend kahwin mudah bagaimanapun telah berubah selepas kemerdekaan negara ini. Anak-anak mudah mula berlumba-lumba memantapkan status kehidupan seperti mencari ilmu, bekerja sehingga berjaya menghasilkan duit yang banyak dan keadaan ekonomi yang baik barulah mereka memikirkan soal perkahwinan. 

Namun, di era globalisasi seperti hari ini trend kahwin muda mula menjadi satu gaya hidup dalam masyarakat. Semakin hari semakin ramai yang kahwin muda. Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya di kalangan orang Melayu. 

Kahwin muda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Tetapi kebanyakkan kes penceraian yang berlaku di negara ini adalah disebabkan kahwin muda. 

Pasangan yang berkahwin muda biasanya mempunyai masalah kewangan kerana status ekonomi si suami muda biasanya belum stabil seusia belasan tahun atau sekitar 20-an. Ini memberikan tekanan hidup dan mula menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga. 

Rumah tangga mungkin retak akibat pergaduhan sesama pasangan. Pergaduhan semakin memuncak dan tekanan hidup akibat kewangan yang tidak kukuh boleh menyebabkan berlakunya kes penceraian. 

Sikap pasangan yang belum matang juga antara sebab berlakunya kes penceraian dalam perkahwinan yang digelar “kahwin muda”. Bagaimanapun, kes ini mungkin tidak terjadi jika pasangan itu bijak mengawal situasi yang tidak baik dalam perhubungan. 

Dua jenis masalah yang selalunya berlaku di dunia ini adalah daripada: 
1. Perkahwinan. 
2. Kewangan. 

Cuba bertanyakan kepada rakan-rakan terdekat anda pasti mempunyai dua masalah ini. Jika pegangan kepada agama kita kuat sudah semestinya kita dapat mengawal masalah ini dan tidak menjadikan masalah ini sebagai “fobia” di dalam kehidupan.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 4651410647665290421

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item