BUDAK 14 TAHUN DIDAPATI TIDAK BERSALAH SELEPAS 70 TAHUN DIHUKUM BUNUH
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/12/budak-14-tahun-didapati-tidak-bersalah.html
Columbia: Seorang remaja lelaki Afrika Amerika Syarikat berusia 14 tahun didapati tidak bersalah membunuh dua budak perempuan berkulit putih-70 tahun selepas dia menjalani hukuman mati dengan kerusi elektrik.
George Stinney Jr sebelum ini mencipta sejarah apabila menjadi orang paling muda pada kurun ke-20 untuk dihukum bunuh di negara itu.
Bagaimanapun, seorang hakim di Carolina Selatan, Carmen Mullins semalam memutuskan Stinney dianiaya sistem keadilan negara itu.
Katanya, Stinney tidak mendapat pembelaan sewajarnya melalui peguam belanya, malah pengakuannya kepada polis juga mungkin diperoleh secara paksa.
Dia juga mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan Stinney dengan tempat kejadian.

loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI