Tips Menarik

loading...

KESAN BURUK SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT PUSAT (CCRIS) KEPADA PEMINJAM INGKAR PTPTN


Pelajar yang tidak bertanggungjawab untuk membayar semula pinjaman PTPTN akan menerima beberapa kesan seperti disenarai hitam oleh pihak Bank dan sukar untuk membuat sebarang pinjaman. 

Terbaru, pihak PTPTN dengan kerjasama bank negara telah melaksanakan CCRIS yang berkuat kuasa mulai ogos 2013.

CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. 

Pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya. 

Kesan Sistem CCRIS Kepada Peminjam Ingkar PTPTN 

Peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. 

Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 5763539589459260136

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item