Tips Menarik

loading...

KHAIRUDDIN : NAJIB LANTIK PEMIMPIN "TIDUR" DI PULAU PINANG


Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi amaran yang BN berhadapan kemungkinan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau secara terbuka menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.
"Kita meninggalkan vakum kerana pemimpin-pemimpin tertingi peringkat negeri, ramai yang masih tidur.
"Sebab itulah dalam perjuangan saya, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin harus ditukar.
"Beliau tidak proaktif, tidak turun ke akar umbi, tidak jumpa rakyat jelata di peringkat akar umbi seperti mana kami lakukan.
"Ini orang yang tewas, duduk sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri. Apabila beliau beri arahan, apa pemimpin-pemimpin lain akan kata?
"Dia pun kalah, kita hendak dengar cakap dia buat apa? " katanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan tindakan Najib melantik Datuk Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN negeri.
"Ini kelemahan Datuk Seri Najib. Pengerusi BN letak Teng Chang Yeow, orang yang dua kali kalah (pilihan raya umum).
"Apa kita ketandusan, tidak mempunyai pemimpin-pemimpin lainkah?
"Sekiranya kita mahu orang menghormati pucuk kepimpinan negeri, kita harus pilih mereka daripada kalangan orang yang menang - orang yang dapat sokongan dari rakyat," tegasnya.
Khairuddin menarik perhatian ramai apabila melawan arus Umno dengan membuat laporan polis terhadap 1MDB - badan pengurusan dana cetusan Najib dan milik penuh Kementerian Kewangan.

Ditanya tentang strategi untuk merampas kembali Pulau Pinang dari DAP, Khairuddin berpendapat buat masa ini BN tidak perlu "bermimpi pun" untuk berbuat demikian.
"Itu satu perkara yang mustahil. Pada hari ini, pengundi-pengundi Cina agak emosional, dan mereka kurang rasional.
"Kita di peringkat akar umbi dalam program Umno, kita buat macam-macam kita jemput mereka, kita panggil mereka, kita berjumpa dengan mereka.
"(Namun) saya nampak pintu mereka masih tertutup kepada Umno dan BN," katanya.
Justeru, beliau menggesa Umno dan BN agar mencontohi Pakatan Rakyat yang kerap turun padang.
"Di Pulau Pinang, seminggu selepas pilihan raya, mereka turun ke kampung-kampung berjumpa dengan rakyat.
"Inilah kekuatan pembangkang.
"Walaupun mereka bercakap bohong, walaupun mereka retorikal, mereka janji perkara-perkara mustahil, mereka menipu rakyat tapi atas dasar semangat rajin turun ke akar umbi, mereka disenangi rakyat," katanya.

Klik sini untuk tahu lebih lanjut siapa Khairuddin


loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 4196025582414763588

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item