Tips Menarik

loading...

KISAH WANITA CANTIK MENCARI SUAMI YANG SANGAT SOLEH DAN WARAK


Seorang gadis yang sangat cantik orangnya ingin bernikah. Tetapi dia tidak mahu bercouple-couple dan mahukan seorang bakal suami yang sangat warak. Jadi, dia pun membuat hebahan yang dia sudi menerima mana-mana jejaka yang ingin menikahinya tetapi dengan syarat: 

Lelaki itu harus berpuasa sepanjang tahun 
Lelaki itu wajib khatam Al Quran setiap hari 
Lelaki itu harus beribadah sepanjang malam setiap hari

Tidak ada seorang pun lelaki yang sanggup menerima ketiga² syarat itu kecuali seorang jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. 

Akhirnya, bernikahlah jua wanita itu dengan lelaki itu. Sepanjang perkahwinan mereka, wanita itu memerhatikan suaminya. 

"Eh.. Tak puasa pulak laki aku hari ni. Macam mana nak puasa setahun?" 

"Hmm.. Aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..." 

"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?" 

Setelah sebulan berkahwin, akhirnya wanita itu tidak dapat menahan kesabarannya lagi. Dia menganggap suaminya itu menipu. Maka dia pun membuat permohonan cerai di mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya" 

Di Mahkamah: 

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat² yang saya letak. Dah kahwin langsung tidak tunaikan. Penipu!" rungut wanita itu pada hakim. 

Hakim pun bertanya kepada lelaki itu, "kamu ingat apa syarat² nikah yang isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari," jawabnya dengan nada lembut. 

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat?" 

Pemuda itu selamba jawab, "Buat." 

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?" 

Pemuda itu tak mahu mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak" ujarnya 

Hakim tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu bertanya, "Baik. Hari ini kamu puasa tak?" 

"Tak,"jawabnya. 

Hakim terus membalas, "Hah! Kamu tidak puasa hari ini, habis macam mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?" 

Lalu lelaki itu menjawab, 

"Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah² dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah² berpuasa sepanjang tahun." 

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.

Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur. "Rasulullah bersabda sesiapa yang membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah²nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran," jawabnya sambil buat tersenyum lebar kepada hakim. 

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pula, bagaimana kamu buat?" 

Pemuda itu sekali lagi tersenyum, 

"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah. 

Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah²nya dia telah beribadah sepanjang malam" 

Dia terus menyambung, 

"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan berapa banyak amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. 

"Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai²lah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk² setuju lalu memerintahkan si isteri bangun. 

"Awak sepatutnya berasa beruntung dan bersyukur. Awak telah dinikahkan dengan seorang lelaki yang bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas.

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

gaya hidup 3825377811470003778

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item