LIHAT APA YANG TERJADI DALAM RAKAMAN VIDEO LELAKI YANG MENGGERTAK PEMANDU LORI DENGAN PARANG INI
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/12/lihat-apa-yang-terjadi-dalam-rakaman.html
Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan seorang pemandu lori, seorang lelaki bertindak ganas dengan menggunakan parang untuk menyelesaikan masalah di Desa Murni menuju ke lebuh raya Sungai Dua.
Dalam kejadian yang berlaku pada Selesa yang lalu, pemandu kereta Perodua Alza, bernombor pendaftaran WUA3869, dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu lori (si perakam video).
Lelaki itu berhenti di tepi jalan dan kemudian mengarahkan pemandu lori berkenaan berhenti dan keluar.
Namun pemandu berkenaan enggan menuruti kehendaknya yang menyebabkan lelaki terbabit membaling batu ke arah tingkap lori terbabit.
Berang dengan tindakan lelaki terbabit, pemandu lori itu keluar dan memaki hamun lelaki itu dengan kata-kata kesat.
Lelaki terbabit kemudian masuk ke dalam keretanya dan menunjukkan parang di tangan sebelum beredar pergi.
Pemandu lori dan rakannya sempat merakam kejadian berkenaan.

Post by Kedai Kopi.
Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti motif sebenar kejadian yang berlaku di antara kedua-dua pihak.
Tambahan pula, video yang tersebar ini tidak menunjukkan keseluruhan kejadian yang sebenar.
Bagaimanapun, menurut netizen, berkemungkinan pemandu Alza marah akibat dilanggar dari belakang menyebabkan bahagian belakang keretanya kemek sedikit. (rujuk video).
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI