PELIK ! TREND POTONG JARI KAKI UNTUK NAMPAK CANTIK
https://coretanmalaysiaterkini.blogspot.com/2014/12/pelik-trend-potong-jari-kaki-untuk.html
Rasanya ramai wanita-wanita suka memakai kasut tumit tinggi atau dalam bahasa LONDON nya 'High heels'. Ini kerana para wanita berasa penampilan mereka lebih cantik dan bergaya apabila mereka memakai 'High Heels'. Namun keperluan untuk tampil cantik dengan high heels dirasakan semakin melampau. Bahkan di luar negara beberapa wanita rela memotong jari kakinya menjadi sedikit pendek agar kelihatan semakin sempurna memakai kasut tumit tinggi itu.
"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini telah tersebar hingga ke negara lain.
Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sax and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.
Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.
"Prosesnya satu jam dan aku tidak merasakan apa-apa tapi aku mendengar tulang dipotong yang mengerikan," kata Paulina.
"Setelah itu juga tak ada rasa sakit tapi jariku diletakkan dawai selama 5 minggu dan jari lain terkena jangkitan sehinggalah aku minum antibiotik," Paulina menambah.
Setelah dawai dilepas, Paulina masih harus berjalan menggunakan tongkat selama beberapa minggu hingga boleh normal kembali. Kini Paulina merasa puas setelah melihat kakinya lebih kecil satu saiz berbanding sebelumnya.
loading...
MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI