Tips Menarik

loading...

INILAH JUMLAH SEBENAR KEMATIAN AKIBAT BANJIR DI PANTAI TIMUR


Banjir yang berlaku di Pantai Timur mengakibatkan 21 maut dan 10 lagi dilaporkan hilang di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 17 Disember lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat Selasa, sebanyak 14 kematian dilaporkan dan empat lagi masih hilang di Kelantan. 

“Di Terengganu, empat kematian dan seorang mangsa masih hilang, manakala tiga kematian dan dua lagi masih hilang di Pahang,” katanya di Bukit Aman pada Selasa. 

Khalid turut mendedahkan bahawa seramai 947 anggota polis turut menerima kesan akibat bencana alam itu.

Pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Bukit Aman, Selasa, polis menerima bantuan berjumlah RM75,000.  

Sumbangan itu akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk anggota polis terbabit. 

Khalid berkata, sumbangan itu disalurkan oleh syarikat swasta, Jason Roadwork Construction dan Royal Malaysian Cooperative Limited. 

“Berbanyak terima kasih di atas bantuan ini, kami amat menghargainya. 

“Kita akan menyalurkan sumbangan ini berdasarkan keperluan mangsa,” katanya. 

Sumber: MStar

loading...

MOHON BANTU LIKE JIKA ANDA SUKA ARTIKEL INI

Artikel Berkaitan

isu semasa 7897974417333969204

Catat Ulasan

Popular

Random Entri

Arkib

item